JoUrNaL of mY rOuTe!!!! tiffany replika

JoUrNaL of mY rOuTe!!!!

"...THE STORY OF MY LIFE ~ LOVE ~ FAMILY ~ FRIENDS ~ TRAVEL ~ EXPERIENCE ~ MEMORIES..."

Saturday, December 19, 2015

...DAY 1 ~ HCMC Trip 2015...

Salam Ceria ~ Salam Kasih Sayang ~ Salam 1 Malaysia
Hola I'm back again with my basi story....

Cerita kali ni pasai Trip to Ho Chi Minh City, Vietnam bersama Mama, Abah, Kak Jah, Kak Sham and new partner Solehah. This is my second visit to HCMC. Actually trip ni semua dah macam 50/50 sebab a week before travel i ols kan admit hospital seminggu. Tapi orang kata travel punya pasai ku gagahi jugak! Ok Alhamdulillah selamat pergi dan selamat kembali ke Tanah Air.
::: Day 1 ~ (Penang - KLIA 2 - HCMC):::

Gerak dari Penang malam before departure next day. Thanks to suami tolong hantar ke KLIA2 all the way from Penang. Flight to HCMC at 9.10am. So macam biasa gelandangan untuk beberapa jam sementara nak tunggu boarding. Meet Kak Jah and Kak Sham at KLIA2. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk tiba di HCMC.



Lebih kurang jam 10.15 am (waktu HCMC behind 1 hour) kami tiba di Tan Son Nhat International Airport. Lepas clear immigration dan customs kami terus menuju ke pintu keluar. Cadang nak naik bas tapi last2 kami naik teksi untuk ke hotel. Menginap di Asian Ruby Central Hotel lebih kurang 300 meter walking distance to Ben Thanh Market. Hotel memang comfort gila walaupun just kategori bajet hotel. By the way, i ols amik pakej Air Asia Go RM270 per person inclusive of return flight dan 2 nites accomodation. Yes sangat berbaloi okeh!





Dah settled check in dan refreshment, kami keluar untuk mencari lunch. Lapaq kot. Paling dekat dengan hotel adalah NABIL BRIYANI HOUSE. Landmark kedai kaler pink. Memang nama kedai juai briyani but selain briyani memang banyak lagi choice of food. Macam-macam nasi goreng ada. Jangan lupa minuman wajib oder kopi ais kaw. Kopi Vietnam memang sedap woo.... Dah kenyang ibarat macam recharge energy. So let's jelajah dalam Ben Thanh Market.




Maka bermula lah episod rambang mata sampai kehabisan USD dan terpaksa guna RM. Baru halfday kat sini jadi pesan saya pada u ols yang memang minat shopping kain cotton, prada lace, tudung nealofar, tudung crown tak crown semua bawak lah duit secukupnya. Hahaha. Harga kain cotton yang biasa RM25/sepasang. Prada Lace RM20/meter, Macam i ols siap beli kain prada lace dan tempah baru RM200. Memang rasa murah berbaloi dan jahitan kemas. Nah u ols p cari kedai no 480 p cari abang Shen Le yang peramah sangat.





Next kami keluar dari Ben Thanh Market, saja jalan-jalan di kedai-kedai sekitar. Singgah Saigon Square tapi tadak yang menarik perhatian. Then berjalan keluar semula di kawasan sekitar. Antara butik yang femes amos dengan rakyat Malaysia adalah Minh Collection, Rohani Collection, Zai Dah Collection dan banyak lagi dan borong lagi. Dah penuh kiri kanan tangan baru pikir azab nak jalan balik hotel.

Pelan-pelan kayuh akhirnya sampai ke hotel. Oh sedap betui dapat lending sambil bukak plastik yang diborong tadi. Malam ni kita sambung lagi Ben Thanh Night Market.

Lebih kurang jam 8 pm kami keluar semula berjalan ke area Ben Thanh Market. Sepanjang kawasan jalan Ben Thanh Market tu memang penuh dengan peniaga-peniaga pasar malam. Singgah dinner di Hjh Basiroh. Kedai pun dah upgrade siap aircond semua dan apa yang i ols noticed that dah banyak restauran halal di sekitar Ben Thanh Market. Apa yang menarik Pasar Malam Ben Thanh ni?? Ha nak cari telekung, readymade kurung siap beaded, jubah dan tudung kerudung memang murah. Boleh bargain kaw-kaw. So far peniaga sini semuanya ok boleh bawak runding orang kata.

Dah puas beli apa lagi jom belah. Esok nak ronda jauh pulak. So Good Night semua!!!

Posted by at 7 comments: Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Labels: :::F.R.I.E.N.D.S:::, :::Ho Chi Minh City:::, :::My Beloved Family:::, :::Vacation:::

Friday, June 19, 2015

...Day 5 ~ Hong Kong & Macau Trip...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang
Catatan terakhir Percutian ke Hong Kong dan Macau.....
:::Day 5 ~ (Avenue of Stars - Islamic Centre Canteen - Temple Street Market - HKIA - KLIA2 - Penang):::
Hari ni macam dah rilex sikit aktiviti kami. Yelah dah nak balik kan. Untungnya flight kami sebelah malam so masih sempat nak jelajah HK before pulang.







Salah satu tarikan jika u ols ke HK adalah AVENUE OF STARS. Di sini merupakan simbolik cap tapak tangan artis-artis HK yang femes dan mungkin yang banyak menyumbang dalam industri muzik/lakon layar. Di sepanjang persisiran tu juga ada terselit patung replika Brucee Lee. Disebabkan i ols ni not into HK Artis so kenal pun tiga empat orang saja. Btw tumpang bangga sebab cap tapak tangan Dato' Michelle Yeoh pun ado!
From Apartment to Avenue of Stars : MTR Austin - East Tsim Sha Tsui - Exit J - Ikut ja signboard Avenue of Stars





Next kami ke Islamic Centre Canteen untuk luncheon dinsum halal yang terbaik! Agak complicated nak sampai ke sinun. Jalan kaki pun boleh tahan dekat 1km rasanya. Tapi nak cuba Halal Dinsum terbaik punya pasai redah ja. FYI, u ols turun di MTR Causeway Bay then akan menembusi shopping mall TIMES SQUARE. Kat area sini memang akan jumpa ramai juga muslim mostly Indonesian. Islamic Centre Canteen ni terletak di level 5 dalam bangunan Masjid Ammar. Makanan specialty adalah dinsum tapi ada juga masakan lain kalau nak order. Time kami sampai memang lunch time memang penuh jugak table. Apa lagi jom pilih dinsum. Ha skali kami amik penuh meja. Tapi serius cakap memang terbaik dinsum sini. Kiranya sampai balik Malaysia dok teringat dinsum kt HK.




Dah makan kami ke pasar tempatan JARDINE CRESENT MARKET. Ia adalah macam market biasa yang jual barang untuk locals. Dari Islamic Canteen tu nak ke Jardine Market boleh tahan jauh sebab market tu dekat dengan MTR Causeway Bay. Manusia tak payah cakap la nak pulak hari Ahad. Memang crowded gila taktau macam mana depa boleh hidup! Sesak weii rimas!

From Avenue of Stars to Islamic Centre Canteen : MTR East TST - Admiralty - Causeway Bay - Exit A - Masuk Times Square Mall - Exit - Jalan Terus nampak flyover (landmark Tiffany&Co) - cross flyover - Pasar Basah - Jumpa kedai pizza (kiri) - hotel Charter House - cross bawah paking hotel - Masjid Ammar belah kanan.

Dari Causeway Bay kami decided untuk pulang sebab nak singgah Temple Street Market for the last sebelum balik. Masa kami sampai still awal lagi banyak kedai yang tak bukak. So mana yang bukak ni macam kerek nak mampus mintak kurang pun buat muka! Apakan daya terpaksa beli jugak. Tapi nak tunggu sampai semua bukak memang tak sempat sebab kami nak kena balik dah nak kemas beg dan check out.

From Jardine Market to Temple Street Market : MTR Causeway Bay - Admiralty - Jordan

Kami menggunakan perkhidmatan Mr Anuar untuk hantar ke Airport. Selamat sampai HKIA dan still ada masa lagi sebelum boarding. Ronda-ronda dalam HKIA habiskan dollar yang tinggal. Safely landed KLIA2 dekat jam 1 pagi. Singgah toilet nak cuci muka baru perasan CINCIN KAHWIN TERTINGGAL KAT APARTMENT!!!! Rasa nak nangessss. Tapi alhamdulillah dapat owner yang baik hati tolong simpan sampai ada kawan i ols p HK dia tolong ambil kat owner.



Tamat lah sudah al kisah cuti-cuti di Hong Kong dan Macau. Hong Kong best walau taburan penduduknya terlalu padat yang kadang-kadang rasa rimas. BTW, terima kasih pada pasangan Kak Leez and Saupi atas penyediaan itinerary dan pemandu pelancong yang terbaik...Pasangan Che Burn dan Che Qis pencarian accomodation. Seandainya ada salah silap sepanjang travel di sana harap dimaafkan...

Ok bye... Posted by at 2 comments: Links to this post Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, June 15, 2015

...Day 4 ~ Hong Kong & Macau Trip...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang
Oh yes tengah bersemangat nak update dan langsaikan kisah percutian ke Hong Kong dan Macau nih... Bersambung cerita hari keempat kami di sini ...... Zaaaassss
:::DAY 4 ~ (Macau - Citygate Outlets):::
Harini kami akan ke Macau dengan menaiki ferry di Hong Kong - Macau Ferry Terminal yang terletak di Sheung Wan. Tiket memang kami dah beli siap masa hari pertama di DingDing Travel. So sampai di Ferry Terminal kami kena cari Kaunter Tiket Cotai Waterjet untuk tukar ke Boarding Pass. So kami tak dapat trip yang awal sebab dah tak sempat. Next trip jam 11.30 pagi. Sementara tunggu ferry kami lepak menikmati kopi bagi menyegarkan diri. 

Dinasihatkan sila berada sejam atau lebih awal sebab proses untuk masuk ke dalam ferry memang panjang macam kita nak naik flight. Pertama lepas u ols masuk boarding gate u ols akan terus ke Imigresen untuk proses passport. Next kena beratur lagi untuk check tiket dan diberi sticker untuk seat number. Kelancaran proses bergantung pada ramai ke tidak orang. Memandangkan kami ke Macau pada hari Sabtu so memang ramai lah orang.

Dah selamat naik ferry..Memang selesa so apa lagi tidoq la dulu seround. Perjalanan dari HK ke Macau mengambil masa lebih kurang satu jam. Untuk makluman, Ferry ini akan berhenti di TAIPA FERRY TERMINAL MACAU. Taipa Ferry Terminal ini terletak betul-betul bersebelahan Macau International Airport.



From Apartment to Hong Kong Macau Ferry Terminal : MTR Jordan - Central - Sheung Wan

Selamat sampai Macau terus ke kaunter imigresen. Then terus ke pintu keluar. Di sini ada disediakan free shuttle untuk ke THE VENETIAN. Tunggu je shuttle tu jangan layan ulat-ulat tiket yang offer untuk bawak tour. Ok bas pun dah sampai jom ke The Venetian...



Perjalanan dari terminal ferry ke The Venetian rasanya lebih kurang 15 minit. Bas drop off betul-betul di hadapan lobby hotel. Perghhhh masuk saja memang teruja habis. Rasa kaya ya amat! Hahaha over plak feeling kan, FYI, The Venetian ini adalah hotel mewah + casino + shopping complex yang agak besar dan international brand! Untuk nak ke shopping mall tu kena melalui casino depa. Okeh ni juga first time jejak masuk dalam casino...Selalu dok tengok dalam tv ja depa dok berjudi. Then memang terbeliak la bijik mata nih tengok all the branded butik sebut saja apa! Kiranya kalau menang judi tu terus p shopping sakan! Depa la bukan kami!


Satu lagi yang menarik dalam bangunan The Venetian ini adalah Gondola feeling macam kat Venice, Italy kau! Interior dalam building ni memang sangat luxurious kawan2...Sakan kami posing-posing dan sebelum kami ke HRC which is terletak opposite building The Venetian ni kami singgah lunch di Food Court dulu.





Okeh kenyang perut jom redah lautan manusia nak ke HRC. Memusing kami cari exit untuk cross the road to HRC yang terletak di dalam bangunan CITY OF DREAMS. Memang bebai sungguh nak merempuh orang yang sangat tidak terbilang ramainya and finally jumpa jugak! Shopping apa ka sikit then kami kena cari station bas untuk amik shuttle pulang semula ke Taipa Ferry Terminal. Ikut itinerary kami akan ke Senado Square tapi sebab timing dah lari dek kerana kami dapat ferry lambat pagi tadi so terpaksa batalkan.



Cabaran kedua dalam The Venetian adalah nak cari station shuttle bas sebab bas yang kami naik masa datang hanya drop off saja untuk pick up kami kena cari station bas! Gosh sekali lagi memusing cari! Terasa macam masuk treasure hunt u ols. Tak ingat dah ikut arah mana sebab dok tanya Pak Guard kat situ dan akhirnya jumpa jugak.  Ok leganya rasa kaki dapat duduk dalam bas. Shuttle Bas memang akan gerak on time. Sampai lah semula di Taipa Ferry Terminal. Now kena ke kaunter Cotai Waterjet untuk tukar pass to ticket. Dapat lah ferry jam 5 petang ke 6 petang. Apa lagi sepanjang perjalanan memang tertido walau masa balik tu ombak agak kuat jugak. Sejam selepas tu tiba semula di Hong Kong Ferry Terminal. Meneruskan perjalanan ke CITYGATE OUTLETS!!!

From Hong Kong Macau Ferry Terminal to Citygate Outlets : MTR Sheung Wan - Central - Tung Chung Exit C

Jauh juga dari MTR Sheung Wan nak ke Citygate Outlets. Sampai ja memang terus serbu lupa yang kaki sakit semua. Nampak tak semuanya kaki shopping.  Tapi nak tawaf every floor memang tak sempat sebab tutup awal. Jam 9 macam tu banyak kedai dah nak tutup. Singgah di SASA borong perfume. Murah sangat! Masuk outlet Timberland tengok kasut tapi size pulak takdak. Masuk Coach fikir 2,3 kali nak beli ke tidak sebab baru jugak beli handbag. Tapi memang seronok la kat sini macam-macam brand ada. Bawak duit berkepok-kepok lagi syiok! Last sampai dah semua kedai tutup kami pun pulang dengan hati gembira. Mau tak gembira masing-masing dapat shopping walau sekejap kan.




From Citygate Outlets to Apartment : MTR Tung Chung - Nam Cheong - Austin

Balik apartment sambung masak pulak. Menghabiskan bekalan makanan yang di bawa. Esok dah nak balik Malaysia. huwaaaa sedih #dramaqueensangat . Dah kena start packing beg! Cabaran ketiga untuk harini. Jenuh nak susun barang masuk beg! Pandai beli pandai-pandai la fikir kan... #padanmukasendiri

1 comment: Links to this post

Tuesday, June 09, 2015

...Day 3 ~ Hong Kong & Macau Trip...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang
Masih lagi dalam mood percutian ke Hong Kong dan Macau walau hampir setengah tahun berlalu. Let's join our journey!!!
:::DAY 3 ~ (Ocean Park - Harbour Cruise - Ladies' Night Market):::
Selamat Pagi Hong Kong! Memang terasa malas nak bangun pagi-pagi sebab sejukkkk. Tapi kalau setakat nak tidoq baik tak payah p bejalan mana kan! So rutin harian bangun sediakan breakfast dan lunch. Memandangkan harini pun kami akan jelajah theme park so memerlukan tenaga yang sangat banyak. Siap breakfast nasik impit + kuah kacang dan tapau lunch Nasik Lemak hokayy!!! jom kita ke OCEAN PARK!!!!
From Apartment to Ocean Park : Austin - East Tsim Sha Tsui - Admiralty (Exit B) - Jalan cari station bus - Citybus Route 629 - Ocean Park Hong Kong



Bergerak pagi-pagi ni kami seiring dengan orang yang nak masuk kerja. So nampak macam everybody macam rushing. Tapi yang best sampai awal di Ocean Park orang masih tak ramai lagi. Perjalanan smooth ja even masa naik bas nak ke Ocean Park pun tak rasa sesak. Alhamdulillah cuaca pagi ni pun cantik... So apa lagi berpandukan theme park map jom kita explore Ocean Park Hong Kong.



1.    Aqua City Zone
Kalau nak senarai memang banyak attractions kat sini. Tapi kami menuju ke Aqua City sebab nak naik cable car. A must try cable car ni. Ketaq lutut weiii!! Cable Car ni menuju ke Marine World. Sementera nak sampai hanya Tuhan saja yang tau. By the way di Aqua Marine juga u ols boleh melawat The Grand Aquarium, Memang kena long que nak masuk aquarium nih. Old Hong Kong (vintage sangat kat sini), Aqua City Lagoon dan if ada di antara u ols yang tak berani naik Cable Car boleh la naik Ocean Express train untuk sampai ke Rainforest Zone.


2.    Marine World Zone
Marine World Zone ni terletak di atas memang tinggi. Sejuk tak payah cakap sampai menggigil walau pakai jacket.  Sampai kat sini kami terus ke Ocean Theatre sebab nak tengok Dolphin Show. Well Dolphin Show ni biasa saja bagi kami yang dewasa ni.  Untuk kanak-kanak mungkin menyeronokkan.  Nak tengok view Ocean Park secara keseluruhan?? Sila ke Ocean Tower. Ala-ala Menara Taming Sari tu. Kami meneruskan ke Thrill Mountain Zone.



3.    Thrill Mountain Zone
Nama pun thrill kan?? So kat sini memang ada ride yang boleh buat jantung bedegup kencang kot. Nak feeling nak roller coster betui2 nampak laut?? Jangan tak cuba Hair Riser... Then lagi satu The Flash...Kami singgah lunch kat food court nearby Thrill Mountain Zone. Memang disediakan kawasan tempat duduk yang besar dan banyak. Apa lagi hidangkan Nasik Lemak yang kami tapau. Kenyang....
4.    Polar Adventure Zone
Polar Adventure Zone macam fefeeling kat Kutub la. Time ni dah terlalu ramai sangat orang kami tak lama pun just masuk kedai souvinier saja. Then amik gambaq skit-skit terus beredar.


5.    Adventure Land
Penat jugak naik turun escalator nak ke sini. Tapi mujur lah disediakan escalator kalau tangga??? Huh mapuhhh...Sini ada 2 rides yang boleh try.  Satu semestinya semacam roller coster jugak. Rasanya Che Qis & Saupi saja yang gigih dengan beraninya naik Mine Train. Then cuba kalau nak basah lite-lite Raging River. Setel di Adventure Land kami naik semula sebab nak turun guna Ocean Express yang terletak di Rainforest Zone.
6.    Rainforest Zone
Di sini u ols boleh naik Ocean Express dan terus di bawak turun ke Aqua City Zone semula. Kena beratur agak lama nak tunggu train sebab ramai jugak. Then masih ada manusia yang kurang paham bahasa tau nak melulu ja. Dah la kita pun dah penat sama mau ada nak kena sigung kan??
7.    Amazing Asian Animals Zone
Nak tengok Panda?? boleh jelajah kat zone sini.  Tapi kami tak singgah pun sebab masing-masing dah penat sebab time ni dah petang jugak. Tapi Amazing Asian Animals zone ni lebih kepada keriangan untuk kanak-kanak.
Ok dah jom balik sebab lepas ni kami nak naik Cruise u ols. Nanti terlambat rugii tak dapat tengok sunset dan lampu lip lap Kota Hong Kong.
From Ocean Park to Wan Chai Ferry Pier :  Citybus 629 - Station Admiralty - Station Wan Chai - Ikut Flyover (nampak Mekdi) terus turun tangga/escalator belah kanan - jalan ikut Harbour Road - Terus ikut sign board Hong Kong Convention & Exhibition Centre sebab pier tu just opposite HK Convention Centre. (Estimate walking distance 15- 20 minits)
Memandangkan kami sampai awal jadinya nak booking lah ferry last si Apek yang jaga kaunter tu cakap tak boleh booking macam tu saja sebab kena call nombor yang kat tiket tu. Dah la tak paham apa operator tu dok merepek. Memang bertekak jugak lah and finally dapat jugak kami naik cruise yang diberi nama DRAGON PEARL CRUISE. Kami memang amik tanpa dinner on board. Sebab no point pun non halal. Sebelum naik cruise sempat kami lepak di HK Convention Center tu and ada perasan satu tarikan dinamakan GOLDEN BAUHINIA SQUARE. Macam replica obor kaler gold. Ramai jugak dok bergambar kat situ. Okeh its time nak naik cruise. Walau nampak macam boat ikan saja and free seating. Mangkok betui Apek tu sebenarnya tak booking pun takpa. Rasa nak sepak ja nasib di tempat orang kan. Cruise belayar lebih kurang 30 minits dan kami dihidangkan dengan panorama Hong Kong pada waktu malam. Memang sungguh bermandikan cahaya lampu. Meriah u ols. Selesai cruise berlabuh, kami bergegas untuk ke Ladies' Market pulak.





Wan Chai Ferry Pier to Ladies' Market : Ikut Harbour Road - jalan terus sampai melalui Fleming Road - Naik flyover yang ada mekdi - Wan Chai Station - Admiralty Station - Mong Kok Station - Exit E2
Kemeriahan Ladies' Market ni sebenarnya lebih kurang sama dengan Temple Street Night Market. Cuma peniaga di sini agak kasar.  Skali tanya harga kalau tak beli sure kena maki. Buat bodo ja then jangan dok tunggu kedai dia. Nanti berpapan kena maki lagi. I've experienced that. Takut pun ada mau dia bawak parang ka pistol ka tak naya...Barang-barang yang dijual pun lebih kurang sama. Harga memang kena betui-betui pandai bargain. Terlalu padat dengan manusia then i ols dan En DF macam dah penat nak berjalan so kami bertenggek kat tepi-tepi sementara tunggu yang lain. Last kami gerak ke Mong Kok Station menunggu yang lain.




Ladies' Market to Apartment : Mongkok Station - Jordan Station - Jalan kaki *nanges*
Semua dah sampai kami gerak balik ke Apartment. Sumpah masa dok jalan nak balik Apartment memang kaki sakit sangat-sangat dah...Hahaha pengalaman sungguh waktu tu. Malam tu semua macam penat gila memang makan simple ja. Tak larat nak masak bagai dah. Tidoq lebih penting sebab esok nak berjalan jauh lagi....Huh....k bai 1 comment: Links to this post

Friday, June 05, 2015

...Day 2 ~ Hong Kong & Macau Trip...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang
Hai kawan-kawan...masih ingat saya?? Saya nak sambung entry cuti-cuti ke HK dan Macau ni...
:::DAY 2 ~ (Hong Kong Disneyland):::
Baru 1 malam di HK tapi memang rasa macam dah banyak hari maybe banyak jugak yang kami explore pada hari sebelumnya.  Hari ni macam biasa rutin para isteri bangun pagi siapkan breakfast dan lunch untuk semua.  Tuna Sandwich dan bihun goreng siappp untuk menu siang harini.
Nak jalan banyak nanti so memerlukan tenaga...Let's start  the journey to HK Disneyland. Tempat yang WAJIB pergi if u ols sampai di HK. 
Dari Apartment to HK Disneyland : Austin Station ~ Nam Cheong ~ Sunny Bay ~ Disneyland Resort (HKD 19)









Yehaaa it was my very first time masuk Disneyland. Masa kami sampai masih tak berapa ramai lagi jadinya sempat nak berposing dulu kat pintu gerbang. Itu memang wajib okeh sebagai tanda kami dah sampai HK Disneyland.  Jauh jugak oii nak sampai ke kaunter tiket nun. Walaupun ada matahari tapi tetap rasa selesa sebab dingin ja cuaca. I like!!




Beware : If korang memang tapau makan dari luar macam kami sila pastikan diletakkan dalam stroller baby takpun letak bawah2 skit dalam beg. Sebab orang yang jaga entrance akan check setiap beg.
1.    Adventureland
Di sini ada beberapa attractions termasuk water rides. Kami sempat mencuba Jungle River Cruise. Di bawa menyusuri sungai. Dapat jumpa elephant, king cobra, hippo family...Jaga-jaga nanti basah! Selain itu di Adventureland u ols boleh mencuba Liki Tikis, Rafts & Tarzan Treehouse. The best part jangan terlepas untuk tengok FESTIVAL OF LION KING. Memang best penuh muzikal dan colourful.






2.    Grizzly Gulch

Kat sini u ols boleh naik ride dipanggil THE WIDEST RIDE IN THE WEST...type of roller coaster jugak la tapi tidak lah ngeri sangat sebab kalau ngeri i ols memang tak naik pun.




3.    Mystic Point

Kami hanya passed by saja kat sini. Sebab macam tadak yang menarik pun!Nak ke Mystic Manor tapi macam malas nak naik tangga...Hahaha...So next.....



4.    Toy Storyland

Ha sini jangan lupa try RC RACER...Kalau berani lah...Huiii tobat tak naik...Tengok sang suami saja dari tepi.





5.    Fantasyland

Di sini memang semuanya cute cute belaka. Kami ke IT'S A SMALL WORLD...Naik boat dibawa keliling dunia kecil yang penuh warna warni. Selain itu, u ols boleh ke FANTASY GARDEN untuk bergambar dengan karekter Disney. Diharapkan dapat beratur dengan penuh sabar ye...Tidak lupa ke MICKEY'S PHILLAR MAGIC nak tengok live show Mickey and friends. Rasa macam tak complete sebab tak singgah ke SLEEPING BEAUTY CASTLE...Dah terlepas ke depan then malas nak patah balik. Selain tu dekat area sini nanti ada show FLIGHTS OF FANTASY. Jangan lambat nanti kena berdiri belakang-belakang.










6.    Tommorowland

Next park adalah Tommorowland. Kat sini pun kami tak naik any rides sebab dah penat jalan.Hah baru pukul berapa kan.Besaq oii bak hang HK Disneyland ni.

7.    Main Street, USA

Last kami ke sini. Sebab nanti nak tunggu LIGHT OF PARADE SHOW dan Fireworks. Sambil-sambil tu boleh nikmati waffle bentuk Mickey one of street cafe. Dah jom amik tempat siap-siap nak tunggu show sekali gus menamatkan acara lawatan kami di HK Disneyland.






Seharian kami di HK Disneyland. Penat tak payah cakap tapi berbaloi sebab bukan selalu dapat merasai pengalaman macam ni kan.  Dah habis show kami pun gerak balik. Bunyi macam nak singgah nite market tapi macam semua dah penat so terus balik apartment untuk rehat. Secara keseluruhan HK Disneyland memang ohsem!! Good bye HK Disneyland till we meet again!!

2 comments: Links to this post Older Posts Home Subscribe to: Posts (Atom)